Menelan Sisa Makanan, Adakah Batal Puasa?


Soalan; Assalamualaikum. Saya ingin bertanya : Adakah batal puasa seseorang sekiranya tertelan sisa makanan atau sesuatu yang dah ada dalam mulut? Sekian.TQ

 Jawapan; 

Wajib sisa-sisa makanan itu diluahkan. Jika ditelan dengan sengaja, akan batal puasa. Jika tertelan tanpa sengaja, tidaklah batal puasa. Begitu juga, jika sisa itu amat sedikit di mana ia telah bercampur dengan air liur dan sukar untuk dipisahkan dari air liur, jika tertelan bersama air liur dimaafkan (yakni tidak batal puasa) sebagaimana menelan air liur itu sendiri tidak membatalkan puasa. 

 Itu adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam as-Syafi’ie). Adapun menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika sisa itu besarnya melebihi sebiji kacang putih. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja, namun makruh hukumnya. Wallahu a’lam. 

Rujukan; 
1. Rahmatul-Ummah, Syeikh Abi ‘Abdillah as-Syafi’ie, hlm. 92, 
2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436. 

 Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Min Yahya info Islam

Cara Mengubati Mulut Celupar Mengikut Rasulullah


Adakah kita pernah terfikir dan sedar kita bermulut celupar? Sedarkah kita apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan kita dipinggirkan kerana kita suka bercakap ‘lepas’?  Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati. Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

P-- Gunakan lidah anda dengan sebaiknya.. Jangan kerana mulut badan binasa.. Siapa tahu, suatu hari nanti orang yang anda syok umpatkan tu datang dan membelasah anda.. Badan anda juga yang binasa.. Bercakap apabila perlu dan jauhi segala perkataan-perkataan kesat dan langsung tidak membawa manfaat kepada anda.. Banyakkan istighfar.....UstazCambodia
Min Yahya info Islam

Kisah Matahari Ditahan Dari Terbenam...


Nabi Musa ‘alaihis salam memiliki seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun, dan Alloh Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica.

Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya, mengepung kota tersebut sampai enam bulan lamanya.

Suatu hari, mereka bersepakat untuk menyerbu ke dalam. Diiringi dengan suara terompet dan pekikan takbir, dan dengan satu semangat yang kuat, mereka pun berhasil menghancurkan pagar pembatas kota, kemudian memasukinya. Di situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu pria dan wanita. Mereka juga memerangi sejumlah raja yang berkuasa. Mereka berhasil mengalahkan sebelas raja dan raja-raja yang berkuasa di Syam. Hari itu hari Jum’at, peperangan belum juga usai, sementara matahari sudah hampir terbenam. Berarti hari Jum’at akan berlalu, dan hari Sabtu akan tiba.

Padahal, menurut syari’at pada saat itu, pada Sabtu dilarang melakukan peperangan. Oleh karena itu Nabi Yusya’ bin Nun berkata: “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikuti perintah Alloh Subhanahu wa Ta’ala, begitu pula aku. Aku bersujud mengikuti perintahNya. Ya Alloh Subhanahu wa Ta’ala, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam dulu!”. Maka Alloh Subhanahu wa Ta’ala menahan matahari agar tidak terbenam sampai dia berhasil menaklukkan negeri ini dan memerintahkan bulan agar tidak menampakkan dirinya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata, bahwa Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya karena seorang manusia kecuali untuk Yusya’. Yakni pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).’” (HR: Ahmad dan sanad-nya sesuai dengan syarat Al-Bukhari).

Akhirnya Nabi Yusya’ dan kaumnya berhasil memerangi dan menguasai kota tersebut. Setelah itu Nabi Yusya’ bin Nun memerintahkan kaumnya untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mau membakarnya. Lalu Beliau meminta sumpah kepada kaumnya. Dan akhirnya diketahui ternyata ada dari kaumnya yang berkhianat dengan menyembunyikan emas sebesar kepala sapi.

Akhirnya orang-orang yang berkhianat mengembalikan apa yang mereka curi dari harta rampasan perang itu. Kemudian dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya. Barulah kemudian api mau membakarnya.

Demikian syariat yang dibawa oleh Nabi sebelum Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam. Yaitu tidak boleh mengambil harta rampasan perang. Dan Alloh Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan Syariat Nya dengan memperbolehkan bagi Rasululloh Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam untuk mengambil rampasan perang agar dapat diambil manfaat yang banyak dari harta rampasan perang itu.

Setelah Baitul Maqdis dapat dikuasai oleh Bani Israil, maka mereka hidup di dalamnya dan di antara mereka ada Nabi Yusya’ yang memerintah mereka dengan Kitab Alloh Subhanahu wa Ta’ala, Taurat, sampai akhir hayatnya. Dia kembali ke hadirat Alloh Subhanahu wa Ta’ala saat berumur seratus dua puluh tujuh tahun, dan masa hidupnya setelah wafatnya Nabi Musa ‘alaihis salam adalah dua puluh tujuh tahun.ustazcambodia
Min Yahya info Kisah Benar

Makna Kalimah Subhanallah


Ucapan SUBHANALLAH juga dikenali sebagai 'tasbih'.

SUBHANALLAH terjemahannya ialah Maha Suci Allah.

Bermakna Allah Taala maha bersih dan suci dari segala kekurangan dan kelemahan.

Allah Taala Maha sempurna, tiada sedikit pun kekurangan dan kelemahan.

Apabila menyebut SUBHANALLAH, tundukkanlah perasaan kerana menyedari diri kita ini yang kotor, banyak dosa, lemah dan serba kekurangan....SumberIslam.Info
Min Yahya info Islam

7 Golongan Yang Dapat Naungan Rahmat Allah


Rasulullah S.A.W bersabda:

"7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada Hari Kiamat..

~✿ Pemerintah yang adil

~✿ Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah

~✿ Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid

~✿ Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.

~✿ Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"

~✿ Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.

~✿ Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya."

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)...UstazCambodia
Min Yahya info Islam

Waktu Mustajab Untuk Berdoa...


Bersempena bulan Ramdhan ini, suka untuk saya berkongsi beberapa waktu yang mustajab doa padanya menurut beberapa hadis sohih dan hasan.



Antara waktu yang afdhal untuk berdoa ialah
1)  Waktu antara azan dan iqamat : Mafhum hadis Nabi s.a.w “ Doa yang tidak ditolak antara azan dan iqamat” (HR. Ahmad)

2) Ketika hujan : Mafhum hadis Nabi s.a.w “ Dua perkara yang tidak ditolak keduanya: Doa ketika azan dan ketika hujan”
Mafhum hadis Nabi s.a.w “Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila manpak hujan baginda berdoa: Ya Allah, hujanilah dengan yang mendatangkan manfaat.” (HR Bukhari)

3) Satu per tiga terakhir dari malam : Mafhum hadis Nabi s.a.w “ Apabila tersisa sepertiga dari malam hari Allah 'Azza wajalla turun ke langit bumi dan berfirman : "Adakah orang yang berdoa kepada Ku akan Ku kabulkan? Adakah orang yang beristighfar kepada-Ku akan Ku ampuni dosa- dosanya? Adakah orang yang mohon rezeki kepada-Ku akan Ku berinya rezeki? Adakah orang yang mohon dibebaskan dari kesulitan yang dialaminya akan Ku atasi kesulitan-kesulitannya?" Yang demikian (berlaku) sampai tiba waktu fajar (subuh). (HR. Ahmad)

4) Waktu-waktu terakhir dari Hari Jumaat : Mafhum hadis Nabi s.a.w ; “Pada hari Jumaat ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba sedang ia bersembahyang kemudian ia memohon sesuatu daripada Allah Taala melainkan diberi padanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda.” (Muttafaqun 3laih)
 Mafhum hadis Nabi s.a.w : “Carilah ia pada masa terakhir selepas Asar”. (HR Abu Daud)

5) Dalam keadaan bermusafir : Mafhum hadis Nabi s.a.w : Tiga doa yang mustajab tiada keraguan padanya: doa seorang anak kepada orang tuanya, doa orang yang bermusafir, dan doa orang yang dizalimi” (HR Abu Daud)

6)  Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar).

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita dapat memanfaatkan sebaik mungkin dalam beribadah kepada Allah Taala.

Cara Mendapat Khasiat Dari Puasa


khasiat puasa dan cara mendapatkannya : bersesuaian dengan bulan ramadhan kami kongkikan khasiat puasa dan cara mendapatkannya.

para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. menurut dr. mac fadon, seorang doktor dari amerika, “puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

dr. alan cott, seorang pakar perubatan amerika syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

puasa juga insyaallah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. suatu kongres antarabangsa bertemakan “kesihatan dan ramadhan” telah diadakan di casablanca, morocco pada tahun 1996. pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

cara berpuasa yang berkesan menurut sains perubatan

1. berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.

2. disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.

3. semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.


4. minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenagkan membuang air besar.

5. elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jangtung ketika berpuasa. kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gestrik.

6. pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari

7. tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing.

8. rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. kajian pakar sains perubatan di malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.

makanan yang boleh menjejaskan kesihatan semasa berpuasa

1. air paip yang tidak dimasak dan tidak ditapis.

2. makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan (seperti: burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya).

3. makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan...SUMBER
Min Yahya info Islam

Dosa Diampunkan Bila Suami Isteri Bersalaman


RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:

“Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang, segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami…UstazCambodia..
Min Yahya info Islam

Siapakah Musuh Kita ?



"Sesiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya" (Az-Zalzalah : 7 - 8)

"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa yang mereka telah kerjakan." (Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.

Masih tinggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...

Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab Allah adalah tuhan yang menciptakan kita.

Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut kehendak musuh.

"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku". (Yusuf:53)

"Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ?" (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.....UstazCambodia
Min Yahya info Islam

Himpunan Hadis Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya." Sumber...UstazCambodia
Min Yahya info Islam

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012

Selamat berpuasa admin ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Di sini admin kongsikan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012. Ia disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pastikan anda bookmark post ini bagi memudahkan rujukan berbuka puasa Ramadhan 1433H.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA MELAKA
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA JOHOR
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PERAK
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SARAWAK
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SABAH
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TERENGGANU

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA KELANTAN


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELANGOR


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PAHANG


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PERLIS


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI SEMBILAN


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PULAU PINANG


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA WILAYAH PERSEKUTUAN

Dilarang bermusuhan sesama Islam


Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan solat, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)...SumberIslam.Info
Min Yahya info Islam

Sentiasa Bersedia Untuk Mati


Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. Klik Sini
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)....SumberIslam.Info
Min Yahya info Islam

Baik Sangkalah Terhadap Allah..


"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu". (Al-Baqarah: ayat 216 )

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu". (HR Bukhari).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)

Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk (qath’ul wahm).....SumberIslam.Info
Min Yahya info Islam

Aku Sedang Diperhatikan Oleh Allah


Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari).....SumberIslam...
Min Yahya info Islam

Kelebihan Ramadhan Serta Harinya...


PUASA HARI KE 1 - Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.

PUASA HARI KE 2 - Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

PUASA HARI KE 3 - Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

PUASA HARI KE 4 - Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran....

PUASA HARI KE 5 - Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.

PUASA HARI KE 6 - Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

PUASA HARI KE 7 - Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

PUASA HARI KE 8 - Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

PUASA HARI KE 9 - Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

PUASA HARI KE 10 - Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

PUASA HARI KE 11 - Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

PUASA HARI KE 12 - Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

PUASA HARI KE 13 - Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

PUASA HARI KE 14 - Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

PUASA HARI KE 15 - Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

PUASA HARI KE 16 - Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

PUASA HARI KE 17 - Di beri pahala seperti pahala para Nabi.

PUASA HARI KE 18 - Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

PUASA HARI KE 19 - Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

PUASA HARI KE 20 - Di beri pahala para syuhada dan salihin.

PUASA HARI KE 21 - Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

PUASA HARI KE 22 - Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

PUASA HARI KE 23 - Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

PUASA HARI KE 24 - Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.

PUASA HARI KE 25 - Di hapuskan dari seksaan kubur.

PUASA HARI KE 26 - Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

PUASA HARI KE 27 - Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

PUASA HARI KE 28 - Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.

PUASA HARI KE 29 - Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

PUASA HARI KE 30 - Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku... UstazCambodia
Min Yahya info Islam

Apakah Hukum Terhadap Ibu Bapa?


Sebagai seorang anak kita mempunyai satu tanggungjawab iaitu menjaga ibu bapa kita apabila mereka sudah tidak mempunyai kudrat. Ketahui apakah hukum menjaga ibu bapa.

Apabila kita meningkat dewasa, sudah berpendidikan malah sudah mempunyai kelaurga sendiri, adakalanya kita lupa akan tanggungjawab untuk menjaga kedua-dua ibu bapa kita. Sejak kecil, mereka tidak pernah merungut untuk membesarkan kita, tetapi terdapat anak-anak pada hari ini sanggup membiarkan ibu bapa mereka terkontang-kanting di kampung. Sebagai anak yang baik, kita perlulah menjaga ibu bapa apabila sampainya tanggungjawab itu. Jom ketahui apakah persoalan mengenai hukum menjaga ibu bapa.

Soalan :
Saya ada kemusykilan tentang hukum penjagaan orang tua. Adakah keutamaan hak dan kewajipan menjaga orang tua hukumnya sama antara anak lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga?
Apakah hukum seorang anak lelaki yang tidak mahu mengambil menganggung orangtuanya yang telah uzur dan berhajat untuk tinggal bersamanya tetapi sanggup menghantar orangtuanya ke rumah kebajikan hanya kerana si isteri tidak mengizinkan. Sehinggakan pada hari kematian orangtuanya pun si isteri tidak datang melawat, sebagai suami apakah tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya.
Harap disertakan dalil dan hadith.

Jawapan :
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hak dan keutamaan serta kewajipan menjaga kedua ibu bapa yang telah tua adalah sama diantara anak lelaki dan anak perempuan.

Hukumannya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan. Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pekiharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Surah Al- Isra’-ayat 23)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa”
(Riwayat Muslim)

Wallahu A’lam.

P-- Jadi, sudah jelas bahawa hukum menjaga ibu bapa adalah wajib bagi anak-anak jika sudah rasatanggungjawab sudah sampai. Teringat sebuah kisah di mana ada seorang sahabat nabi ingin pergi berjihad bersama rasulullah SAW, tetapi Rasulullah SAW bertanya adakah ibunya masih hidup, maka sahabat itu berkata masih lagi hidup. Maka rasulullah SAW tidak membenarkan sahabat itu menyertai peperangan kerana meminta menjaga ibunya di rumah.....Sumber..UstazCambodia
Min Yahya info Islam

Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah


Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)
Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.

Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)
Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia
“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”

Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.


Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.
Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?

Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, 
sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, 

sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.
Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.
Sumber: http://www.ataphijau.com/

Arsip Blog