panduan lengkap dalam Ibadah Puasa


Peta konsep ini dapat memberi panduan dalam mengikuti tajuk Ibadah Puasa dengan mudah.

Panduan Pemahaman Konsep Ibadah Puasa

Buat pengetahuan semua, blog ini bertujuan untuk memenuhi syarat latihan ilmiah Tajuk kajian ilmiah saya ialah "Pengintegrasian Sumber Maklumat Dari Laman Web Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran ( Ibadah Puasa)".

InsyaAllah, saya akan masukkan maklumat yang terkini dan info-info yang berkaitan untuk tatapan bersama. Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua.
Blog ini akan mengupas beberapa persoalan berkaitan Ibadah Puasa. Pendidikan ibadah melibatkan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat fardhu ain dan fardhu kifayah. Pendidikan ini bertujuan untuk menjelmakan segala amalan agama dalam bentuk praktikal dan mengfungsikan segala anggota dan pancaindera manusia serta mengabdikan diri kepada Allah. Pendidikan Ibadah berperanan untuk mendidik individu tentang bagaimana menyembah, mentaati, memohon pertolongan dan keampunan kepada-Nya. Tajuk Ibadah Puasa ini merupakan ibadah khusus iaitu fardhu ain . Sebagaimana Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:21.
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. .
(Surah al-Baqarah:21)

Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada bulan Ramadhan. Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Firman Allah Surah al-Baqarah: 183

Sebagai Umat Islam kita perlu mendalami pengertian sebenar puasa menurut Islam. Puasa adalah dinding kepada umat Islam dan solat adalah tiangnya.Bagaimana dinding hendak lekat sekiranya tiang tiada? Kita harus ingat ganjaran yang akan kita perolehi daripada Allah s.w.t apabila kita berpuasa. Puasa adalah latihan jasad, minda, perasaan dan hati secara serentak. Kalau kita ingin menjadi insan yang hebat dan cemerlang, kita harus memantapkan kekuatan ini.
Peringatan buat semua, di dalam Islam kita mendengar setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Oleh itu, kita tidak tahu bila ajal kita akan jemput. Sebab itu, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan bekalan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, semua syaitan telah diikat oleh Allah s.w.t dan kita harus muhasabahkan diri pada bulan yang penuh keberkatan ini. Sekiranya hati kita telah di kuncikan Allah daripada menerima Islam, maka neraka adalah tempatnya apabila kiamat nanti.Wallahualam.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Informasi / info Islam dengan judul panduan lengkap dalam Ibadah Puasa. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/08/panduan-lengkap-dalam-ibadah-puasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "panduan lengkap dalam Ibadah Puasa"

Post a Comment

Arsip Blog