Sang Juara Dengan Tropi Taqwa

babyAlhamdulilah syukur kepada Allah kerana kita telah berjaya menunaikan solat terawih berjemaah pada malam sepanjang Ramadan ini. Tahniah buat kalian yang masih menjadi teman setia solat terawih. Kenapa saya ucapan tahniah kerana jika dibanding awal Ramadan dengan akhir Ramadan ini kelihatannya tidaklah sepanas dan serancak di awal Ramadan.

Di masjid, surau sekitar kita, kita boleh menyaksikan jemaah semakin berkurang. Banyak yang memilih untuk 'berganjak' daripada tetap 'kekal' menghidupkan Ramadan. Pejam celik, tidur bangun, sedar tidak sedar, kita sudah menjengah masuk ke 20 Ramadan. Bermakna kita telah menjengah masuk ke fasa terakhir di bulan penuh barakah ini iaitu fasa 'pembebasan dari api neraka' setelah kita melalui fasa 1 'rahmat' dan fasa 2 'magrifah/keampunan' Allah.

Nikmatilah Hidangan Itu dengan Amalan
Sesungguhnya di fasa terakhir inilah Allah SWT hidangan yang termahal sekali. Pada fasa terakhir ini, kita dihidangkan Allah dengan satu malam yang dimuliakan Allah yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar. Menurut Imam Al-Tabari, pada malam itu Allah mentakdirkan ajal, rezeki dan apa yang terjadi selama satu tahun dari atur-aturan Allah sw.t.

Hal ini sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami."
(Surah Ad-Dukhan ayat 3-4)
Allah juga memuliakan malam ini menerusi firmanNya yang sering kita dengar iaitu menerusi surah Al-Qadr ayat ke 2-3 iaitu;
"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Maksudnya disini, amalan di malam yang berkat ini menyamai pahala amal seribu bulan (bersamaan dengan 83 tahun lebih). Keutamaan ini menyebabkan, Nabi s.a.w berusaha mencari malam Lailatul Qadar menerusi sabda Baginda: Barangsiapa solat di malam Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, maka dia akan diampuni dosanya yang telah lampau ataupun yang akan datang"
 Bila Malam Lailatur Qadar?
Pendapat paling kuat bahawa malam al-Qard berlaku pada malam-malam yang ganjil dari 10 terakhir Ramadan, berdasarkan hadis dari Aisyah bahawa Nabi s.a.w berikitikaf pada sepuluh hari terkahir bulan Ramadan dan baginda mengatakan,
"Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh terakhir bulan Ramadan"
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah antara Tanda-tanda malam Lailatur Qadar?
Menyentuh tanda-tanda lailatur Qadr, dari Ibnu Abbas r.a, Nabi SAW ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:-
"(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan."
(HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan)
Tiada pengkhususan amalan yang ditetapkan. Apa yang boleh kita buat ialah lebih giat beribadah kepada Allah. Seharusnya dapat mencontoh Nabi s.a.w yang giat ibadah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. 'Aisyah mengatakan,
"Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima'), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya."
(HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174)
Dari Aisyah RA ia berkata:-
"Kebiasaan Rasulullah SAW adalah bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan Ramadan melebihi ibadah beliau dalam bulan-bulan lainnya. Dan beliau juga bersungguh-sungguh ibadah dalam sepuluh hari terakhir Ramadan melebihi kesungguhan ibadah pada hari-hari Ramadan yang lain."
(HR. Muslim no. 1175)
Sufyan Ats Tsauri mengatakan, "Aku sangat senang jika memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadan untuk bertahajud di malam hari dan giat ibadah pada malam-malam tersebut." Sufyan pun mengajak keluarga dan anak-anaknya untuk melaksanakan solat jika mereka mampu. (Latho-if Al Ma'arif).
Menghidupkan malam lailatul qadar bukan hanya dengan solat sahaja, boleh juga dengan memperbanyakkan zikir dan membaca Al- Qur'an, Rasulullah s.a.w juga di akhir Ramadan banyak menghabiskan waktu baginda dengan beriktikaf di masjid.  Aisyah, Ibnu Umar dan Anas r.a meriwayatkan:
"Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan"
(Hadis Riwayat Bukhari)

 Check List Diri dengan simptom Pencinta Ramadan
Hamba-hamba Allah yang dikasihi, kita tidak perlulah menunggu pada malam-malam tertentu untuk meningkatkan amalan kerana bukan semua akan dapat merasai nikmat Lailatul Qadar. Jadi diharapkan graf amalan kita kenalah meningkat bukannya menurun ia. Jadikan bulan Ramadan ini bulan kita macam berkasih sayang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, tetapi bukan ingatkan kekasih hati tetapi berkasih sayang, berdating dengan Allah swt. Waktu inilah nak serlahkan rasa cinta kita mendalam pada Allah.
Ayuh, tingkatkan amalan ibaratkan seperti kita berlari. Seorang atlet Ramadan akan memulai start (awal Ramadan) dengan kecepatan sedang, tidak cepat juga tidak lambat. Ia akan menjaga kestabilan lariannya (amalannya) sehingga tetap berada di trek tanpa harus kehabisan tenaga. Begitu jugalah apabila memasuki tahap terakhir (akhir Ramadan), ia akan berlari kencang sehingga dapat menggapai garisan penamat paling awal .

Ia tidak akan berlari kencang di tahap awal dan pertengahan perlumbaan. Sebab, tindakan itu akan menghabiskan tenaga sehingga diakhir nanti akan kelelahan dan lambat menjelang garisan penamat. Inilah resepi si Sang Juara Ramadan. Namun, kita sering kali berlari terlalu kencang di awal Ramadan bak seorang sprinter. Lalu di pertengahan Ramadan kita kelelahan atau kehabisan tenaga. Dan di akhir Ramadan, kita bahkan tak ingat lagi dengan perlumbaan. Kita disibukkan dengan shopping mencari pakaian baru, aneka makanan untuk lebaran dan sebagainya.

Di akhir nanti, yang jelas, kita tidak naik ke podium sebagai sang juara Ramadan. Persoalannya adakah kesempatan kita lagi untuk menemui bulan Ramadan lagi? Jadi, rebutlah kesempatan ini selagi nyawa masih dikandung badan. Bertekadlah menjadi 'juara' agar Allah SWT menyerahkan tropi 'taqwa' kepada kita semua.
Moga kita sentiasa mendapat redha dan keampunan Allah swt. Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat bersama. InsyaAllah.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Sang Juara Dengan Tropi Taqwa . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/08/sang-juara-dengan-tropi-taqwa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Sang Juara Dengan Tropi Taqwa "

Post a Comment

Arsip Blog